SEREMBAN: Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware berkata, kejadian jam 7.25 pagi itu dipercayai berlaku apabila van dipandu lelaki berusia 65 tahun dari arah Taman Nusari Aman 1 menuju ke arah Taman Nusari Bayu 2.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, van tersebut telah membelok ke kanan simpang, namun sebuah motosikal jenis Modenas Pulsar dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kiri van.
"Kejadian itu mengakibatkan lima murid berusia enam hingga 12 tahun mengalami cedera luka kecil akibat terkena serpihan kaca," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, kesemua mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban manakala pemandu van dan lima lagi murid tidak alami sebarang kecederaan.
"Penunggang motosikal berusia 17 tahun itu patah tangan kanan dan luka di bahagian kaki turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban di talian 06- 6033222 bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat di bawah Sek 43(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023
Kejadian dipercayai berlaku apabila van dipandu lelaki berusia 65 tahun dari arah Taman Nusari Aman 1 menuju ke arah Taman Nusari Bayu 2. - Gambar/ Sinar Harian
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Van sekolah kemalangan, 5 murid luka terkena serpihan kaca
Seramai lima daripada 10 murid mengalami luka apabila van sekolah dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, di sini pada Selasa.
16 pelajar cedera van sekolah terbabas dalam parit
Maklumat awal yang diterima sebuah van yang membawa pelajar sekolah telah terbabs ke dalam parit.
Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.
Tiga cedera, van sekolah hilang kawalan rempuh pengadang jalan
Tiga cedera termasuk seorang pemandu van sekolah berusia 62 tahun dalam satu kemalangan di Lebuh raya NPE, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pemandu bas sekolah perlu turun dari kenderaan dan pantau pelajar
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar turun dengan selamat.
Pembukaan sekolah beri sinar baharu pada pengusaha bas dan van
"Kita berharap ibu bapa yakin untuk menggunakan perkhidmatan van dan bas sekolah kerana anak-anak duduk dengan penjarakan fizikal."
Selamatkah anak-anak menaiki bas sekolah ketika musim COVID-19?
Isu kesesakan dan ketiadaan jarakan sosial dalam bas sekolah menjadi kebimbangan ibu bapa yang khuatir dengan risiko jangkitan COVID-19 kepada anak-anak yang masih kecil itu.
Murid parah dilanggar van sekolah
Kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Zahra Aisyah Mohd Zaini, 7 tahun, diturunkan pemandu van untuk pulang ke rumahnya.
ATM sentiasa siap siaga hadapi ancaman pengganas - Mohamad Sabu
Pihaknya telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan pengganas tersebut.
13 kanak-kanak maut, van sekolah bertembung kereta api
Sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak maut apabila van sekolah yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta api.